Y.A.B Tan Sri juga telah merasmikan Gelanggang Serbaguna Geliga Gersik dengan menamakannya 'GELANGGANG HJ. YUSOF MD. SOM' sempena nama lagenda pendokong Persatuan Belia Geliga Gersik ke peringkat tertinggi dalam rentetan sejarahnya yang gemilang dimana Y.A.B. Tan Sri dan isteri, Puan Sri Norainee sudi berjumpa dengan balu Allahyarham. Al-Fatihah
Majlis diteruskan dengan Persembahan Tarian Zapin dan 'Chicken Dance' daripada murid-murid TASKA Gersik yang comel dan cerdas belaka.
Kemudian, tibalah saat yang dinantikan apabila Kumpulan Gitar Rancak 'GSS GROUP' naik kepentas dan mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.
Ternyata lagu yang dibawa iaitu 'WIDURI' dan 'BOSSANOVA' adalah satu persembahan yang mantap dan menghiburkan kerana dalam masa yang sama kesemua tetamu jemputan amat berselera menjamu hidangan yang tidak kurang hebatnya seperti ubi rebus cicah sambal tumis, roti jala lawan kari ayam dan kuih-muih yang tidak terkata nikmatnya. Al-hamdulillah
Akhir sekali, kenangan yang indah ini diabadikan dalam sesi bergambar bersama Y.A.B. Tan Sri dan Puan Sri dengan harapan ia akan menjadi kenangan yang abadi.