22 Mei 2011 - PBGG menghantar wakil pasukan GELIGA FC ke pertandingan tersebut di Real Soccer Futsal Club, Simpang Jeram, Bakri dan seri 0-0 untuk semua perlawanan diperingkat kumpulan.
Penentuan johan kumpulan yang layak ke peringkat kalah mati ditentukan melalui cabutan undi dan nasib tidak menyebelahi.
Usaha tangga kejayaan, cuba lagi masa depan
Isnin, 23 Mei 2011
Isnin, 16 Mei 2011
ANUGERAH PERDANA PERTUBUHAN BELIA PERINGKAT NEGERI JOHOR
14 Mei 2011 - Penyampaian anugerah berlangsung sempena Perhimpunan Hari Belia Negeri Johor di Dewan Jubli Sultan Ibrahim Ismail, Kluang.
Paparan bergambar program tersebut :
Paparan bergambar program tersebut :
Isnin, 2 Mei 2011
FUTSAL TERTUTUP HARI PEKERJA GELIGA GRISEK 2011
1 Mei 2011 - Penyertaan seramai 56 orang untuk kategori terbuka dan 20 orang untuk kategori bwh 14 thn. Pasukan yang bertanding :
Johan : Sg. Senduk FC
Johan : Sg. Senduk FC
Naib Johan : Pekan Grisek FC
Tempat Ke-3 : Semandar FC
Tempat Ke-4 : Tmn. Wijaya FC
Johan Bwh 14 Thn : Selengkong FC
Naib Johan Bwh 14 Thn : Gentian FC
Pasukan yang lain : Sri Grisek FC, Suria Indah FC, Jalan Tambak FC, Sekela FC dan Sepam FC
Sekitar pertandingan :
Isnin, 25 April 2011
PERTANDINGAN FUTSAL PIALA TSM
24 April 2011 - PBGG telah menghantar 2 pasukan iaitu GELIGA 'A' yang diwakili oleh pasukan senior dan 'B' yang dibarisi oleh pemain bawah 18 tahun ke Pertandingan Futsal Piala Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd. Yassin di KSK Kundang Ulu, Ledang.
Kedua-dua pasukan telah mencatatkan peningkatan dengan mara ke peringkat suku akhir dan mempamerkan permainan yang berkualiti.
Tahniah
Kedua-dua pasukan telah mencatatkan peningkatan dengan mara ke peringkat suku akhir dan mempamerkan permainan yang berkualiti.
Tahniah
Isnin, 18 April 2011
GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM GERSIK
16 & 17 April 2011 - Seluruh ahli PBGG dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Gersik, Masjid Jamek Hujung Tambak dan penduduk kampung telah bersama-sama membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Proses memotong rumput dilakukan pada 16 April 2011 untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan disambung keesokan harinya dengan meracun rumpai dan membersihkan sampah termasuk stor penyimpanan barangan dan parit saliran.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Isnin, 11 April 2011
PERTANDINGAN FUTSAL DAERAH MUAR
10 April 2011 - PBGG telah menyertai Pertandingan Futsal Daerah Muar dengan menghantar pasukan GELIGA FC 'A' dan 'B' yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain bawah 18 tahun.
Ini adalah pengalaman berharga kepada kedua-dua pasukan walaupun terkandas diperingkat kumpulan lagi dan diharap akan mencatat peningkatan untuk menggalas cabaran pada masa akan datang.
Syabas
Ini adalah pengalaman berharga kepada kedua-dua pasukan walaupun terkandas diperingkat kumpulan lagi dan diharap akan mencatat peningkatan untuk menggalas cabaran pada masa akan datang.
Syabas
Isnin, 28 Mac 2011
KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK TAHAP PERTENGAHAN DAERAH MUAR/LEDANG
25, 26 & 27 Mac 2011 - Bertempat di Hotel Riverview, Muar berlangsung kursus berkenaan dengan PBGG menghantar 6 orang wakil.
Sabtu, 19 Mac 2011
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Jumaat, 18 Mac 2011 - PBGG telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011 bertempat di Dewan Geliga Gersik pada jam 3.00 petang dan dihadiri oleh penduduk kampung.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Timb. Pengerusi yang juga mengacarakan majlis, Sdr. Zihan B. Jalil sebelum kesemua hadirin berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya, majlis diisi dengan ceramah oleh Imam 2 Masjid Jamek Gersik, Hj. Mokhtar. Ternyata sesi ini cukup bermakna dan padat dengan nasihat, kisah dan teladan dengan mengambil kira keperibadian Nabi Muhammad SAW semasa diperingkat umur belia dimana keimanan dan kesungguhan beliau didalam menegakkan syiar Islam menjadi contoh dan panduan kepada belia hari ini dan akan datang.
Selesai ceramah, masuknya waktu Asar dan tetamu dijamu dengan jamuan ringkas dan bersurai.
Sesungguhnya, diharap program ini akan dapat memberi ilham dan manfaat kepada belia didalam melayari kehidupan dizaman yang serba mencabar.
Sekian

Ahad, 27 Februari 2011
MAJLIS JAMUAN PENGHARGAAN PENYUMBANG, SUKARELAWAN DAN PETUGAS BANJIR GRISEK
26 FEB 2011 - Majlis bermula jam 9 mlm untuk meraikan dan meghargai jasa merekayang bertungkus lumus membantu bukan sahaja semasa menghadapi banjir tetapi juga usaha yang dilakukan untuk kerja pembersihan selepas banjir.
Ini menunjukkan bahawa dengan penyatuan bersama tidak mengira umur dan latarbelakang didalam menghadapi sesuatu perkara akan berjaya diselesaikan jika penuh dengan sifat bersatu-padu, bertolak-ansur dan bekerjasama.
Dan ganjaran yang kita dapat secara tidak langsung adalah semangat muafakat akan dapat diwarisi oleh generasi pelapis yang menyaksikan usaha bersama yang tidak mengenal jemu akan membuahkan hasil yang di ingini. Insyaallah.

Selasa, 22 Februari 2011
Isnin, 14 Februari 2011
GOTONG-ROYONG BERSAMA CELCOM, ATM DAN KUMPULAN WANITA KEMAS GRISEK
13 FEB 2011 - Berlangsung kerjasama gotong-royong untuk membersihkan dewan, balai belia, GSP, balairaya dan TABIKA Kemas di Kompleks Geliga Grisek serta kawasan sekeliling Masjid Jamek Grisek. Kerja-kerja pembersihan bermula pukul 10 pagi dan banyak barang dan perabut tepaksa dibuang kerana rosak dan berbau.
Pada waktu tengahari, semua sukarelawan berkumpul di Masjid Jamek Grisek untuk menunaikan solat Zuhur dan bersama-sama makan tengahari yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Selepas rehat, kerja-kerja pembersihan diteruskan sehingga selesai lebih kurang jam 5 petang.
Sehubungan itu, Persatuan Belia Geliga Grisek mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana hasil usaha bersama-sama ini telah meringankan penduduk kampung seterusnya menjaga harta benda awam supaya boleh digunakan oleh semua untuk masa akan datang.

Langgan:
Catatan (Atom)