13 FEB 2011 - Berlangsung kerjasama gotong-royong untuk membersihkan dewan, balai belia, GSP, balairaya dan TABIKA Kemas di Kompleks Geliga Grisek serta kawasan sekeliling Masjid Jamek Grisek. Kerja-kerja pembersihan bermula pukul 10 pagi dan banyak barang dan perabut tepaksa dibuang kerana rosak dan berbau.
Pada waktu tengahari, semua sukarelawan berkumpul di Masjid Jamek Grisek untuk menunaikan solat Zuhur dan bersama-sama makan tengahari yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Selepas rehat, kerja-kerja pembersihan diteruskan sehingga selesai lebih kurang jam 5 petang.
Sehubungan itu, Persatuan Belia Geliga Grisek mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana hasil usaha bersama-sama ini telah meringankan penduduk kampung seterusnya menjaga harta benda awam supaya boleh digunakan oleh semua untuk masa akan datang.
awek celcom siap mintak no phone tu...untung la siapa yg guna 019..hihi
BalasPadam