Ahad, 27 Februari 2011

MAJLIS JAMUAN PENGHARGAAN PENYUMBANG, SUKARELAWAN DAN PETUGAS BANJIR GRISEK

26 FEB 2011 - Majlis bermula jam 9 mlm untuk meraikan dan meghargai jasa merekayang bertungkus lumus  membantu bukan sahaja semasa menghadapi  banjir tetapi juga usaha yang dilakukan untuk kerja pembersihan selepas banjir.
Ini menunjukkan bahawa dengan penyatuan bersama tidak mengira umur dan latarbelakang didalam menghadapi sesuatu perkara akan berjaya diselesaikan jika penuh dengan sifat bersatu-padu, bertolak-ansur dan bekerjasama.
Dan ganjaran yang kita dapat secara tidak langsung adalah semangat muafakat akan dapat diwarisi oleh generasi pelapis yang menyaksikan usaha bersama yang tidak mengenal jemu akan membuahkan hasil yang di ingini. Insyaallah.

Isnin, 14 Februari 2011

GOTONG-ROYONG BERSAMA CELCOM, ATM DAN KUMPULAN WANITA KEMAS GRISEK

13 FEB 2011 - Berlangsung kerjasama gotong-royong untuk membersihkan dewan, balai belia, GSP, balairaya dan TABIKA Kemas di Kompleks Geliga Grisek serta kawasan sekeliling Masjid Jamek Grisek. Kerja-kerja pembersihan bermula pukul 10 pagi  dan banyak barang dan perabut tepaksa dibuang kerana rosak dan berbau.


Pada waktu tengahari, semua sukarelawan berkumpul di Masjid Jamek Grisek untuk menunaikan solat Zuhur dan bersama-sama makan tengahari yang dimasak secara gotong-royong oleh penduduk kampung.



Selepas rehat, kerja-kerja pembersihan diteruskan sehingga selesai lebih kurang jam 5 petang.





Sehubungan itu, Persatuan Belia Geliga Grisek mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana hasil usaha bersama-sama ini telah meringankan penduduk kampung seterusnya menjaga harta benda awam supaya boleh digunakan oleh semua untuk masa akan datang.

Selasa, 1 Februari 2011

MESYUARAT PENYELARASAN JAWATANKUASA BANJIR GERSIK

31 Januari 2011 - Bertempat di Bilik JKKK Kg. Sg. Senduk dan Semandar, Balairaya Gersik berlangsung mesyuarat jawatankuasa banjir di pengerusikan oleh Ketua Kampung, En. Hamil Hamzah Hashim dan dihadiri jawatankuasa JKKK dan Persatuan Belia Geliga Gersik.



Mesyuarat berlangsung selama 1 jam dan jawatankuasa belia diberi tanggungjawab didalam hal keselamatan dan pengangkutan mangsa banjir.

Sehubungan itu, tahniah diucapkan kepada jawatankuasa belia kerana berjaya melaksanakan tugas yang diberikan dan semoga semangat sukarela dan komitmen tinggi didalam membantu orang didalam kesusahan menjadi teras sahsiah diri kepada semua umat. Amin

GOTONG-ROYONG PENGURUSAN JENAZAH

31 Januari 2011 - Kembalinya ke Rahmatullah seseorang umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab oleh seluruh ummah untuk menguruskan jenazahnya mengikut syarak. Oleh itu, ahli persatuan bersama seluruh penduduk kampung telah bekerjasama menguruskan tanah perkuburan walaupun didalam keadaan cuaca yang tidak menentu dengan hujan turun buat hari ketiga berturut-turut tanpa henti.


Tahniah dan semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan Ilahi. Al-Fatihah