Isnin, 28 Mac 2011

KURSUS PENGURUSAN STRATEGIK TAHAP PERTENGAHAN DAERAH MUAR/LEDANG

25, 26 & 27 Mac 2011 - Bertempat di Hotel Riverview, Muar berlangsung kursus berkenaan dengan PBGG menghantar 6 orang wakil.

Sabtu, 19 Mac 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Jumaat, 18 Mac 2011 - PBGG telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2011 bertempat di Dewan Geliga Gersik pada jam 3.00 petang dan dihadiri oleh penduduk kampung.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Timb. Pengerusi yang juga mengacarakan majlis, Sdr. Zihan B. Jalil sebelum kesemua hadirin berselawat keatas Nabi Muhammad SAW.
Seterusnya, majlis diisi dengan ceramah oleh Imam 2 Masjid Jamek Gersik, Hj. Mokhtar. Ternyata sesi ini cukup bermakna dan padat dengan nasihat, kisah dan teladan dengan mengambil kira keperibadian Nabi Muhammad SAW semasa diperingkat umur belia dimana keimanan dan kesungguhan beliau didalam menegakkan syiar Islam menjadi contoh dan panduan kepada belia hari ini dan akan datang.
Selesai ceramah, masuknya waktu Asar dan tetamu dijamu dengan jamuan ringkas dan bersurai.
Sesungguhnya, diharap program ini akan dapat memberi ilham dan manfaat kepada belia didalam melayari kehidupan dizaman yang serba mencabar.
Sekian