GALERI

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA GELIGA GERSIK

Mengikut bukti asal tentang penubuhan persatuan ini membawa kepada keterangan orang-orang lama didalam kampung dan kawasan sekitar mengenai satu usaha untuk mengumpulkan belia dikawasan Gersik dibawah satu bumbung dengan dikenali sebagai :

' GERSIK - PENGHIBURAN LARA SETIA KELAB HULU MUAR '
  yang bertarikh 1hb Disember 1939.


Pada masa itu, Pekan Grisek adalah satu tempat tumpuan dalam kawasan sekitar kerana beberapa perkara yang penting.
Pertama, agensi dan bangunan kerajaan disekitar pekan seperti Komplek Penghulu, Klinik Kesihatan, Pejabat Pos, Sekolah Kebangsaan, dan Lembaga Letrik Negara (LLN kini adalah Tenaga Nasional Berhad - TNB).
Selain itu,  ia adalah laluan utama untuk menyeberangi Sungai Muar untuk ke Panchor, Pagoh (juga boleh ke Bandar Muar dengan menaiki bas yang menunggu di seberang). Bayaran yang minimum untuk naik kotak (bot) juga bersama basikal/motorsikal melalui penambang (jeti) Pekan Grisek.
Dizaman darurat, pos kawalan masuk utama yang dikawal ketat adalah di Kg. Sungai Senduk (100meter dari Pekan Grisek menyebabkan kawasan ini adalah berkepadatan tinggi pada waktu puncak).
Oleh itu, masyarakat disini berbincang dan bersetuju untuk menubuhkan persatuan supaya Pekan Grisek akan sentiasa terjaga dan di isi dengan aktiviti yang memberi faedah kepada penduduk kampung samaada dalam hal ehwal agama, kebajikan, kesenian dan lain-lain.
Antara aktiviti yang dijalankan kumpulan ini adalah majlis agama, kenduri-kendara, gotong-royong dan sebagainya. Ini meninggalkan kesan sepakat yang berpanjangan menjadi tradisi dan panduan kepada generasi mendatang.

Masa terus berlalu sesuai dengan pepatah 'Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Silih Berganti', muncul generasi yang ingin membawa persatuan ini setapak lagi kehadapan dengan memberi nafas baru kepada persatuan ini dengan menamakannya KELAB GELIGA GRISEK pada era 70-an.



Kecemerlangan generasi ini tidak dapat dilupakan kerana telah membawa nama persatuan keperingkat tertinggi dengan lahirnya pasukan sepaktakraw dan bolasepak yang digeruni pihak lawan .


Selain itu, generasi ini juga telah melahirkan permata yang berjaya diarena sukan, masyarakat dan kerjaya masing-masing iaitu Penaung, YBhg. Datuk Hj. Tahir B. Mohd. Taat (Bekas ADUN Bkt. Serampang Parlimen Pagoh), B. Sathianathan (Bekas Jurulatih Kebangsaan) dan Allahyarham Tn. Hj. Yusof B. Mohd. Som (Persatuan Bolasepak Negeri Johor) yang cukup dikenali dan disegani oleh segenap lapisan masyarakat kerana usahanya yang tidak mengenal penat menyatukan belia dan mendokong persatuan ke arah kejayaan.

Tahun 80-an menyaksikan reputasi Kelab Geliga Gersik memuncak ke skala tinggi didalam melahirkan pasukan bukan sahaja mantap diarena bolasepak dan sepaktakraw tetapi juga mempunyai pelapis yang ramai (Pasukan Bolasepak : Geliga FC A,B & C serta beberapa regu sepaktakraw.



Budaya sukan diteruskan dalam tahun 90'an disamping aktiviti lain seperti keagamaan, kesenian dan kebajikan masyarakat.





Berikut adalah senarai nama Pengasas dan Pengerusi Persatuan Belia Geliga Grisek hingga sekarang semenjak berdaftar sebagai persatuan yang sah dibawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) dan Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) :

Berdaftar dengan ROS pada tahun 1994

1. Datuk Hj. Tahir B. Mohd. Ta'at - Pengasas 
2. Tn. Hj. Mohd. Yusof B. Mohd. Som - Pengasas bersama
3. En. Zainal B. Ahmad - (1995-1996) 
4. En. Heshamudin  B. Ibrahim - (1997-1998)
5. En. Suhaimi B. Mohd. Som - (1999-2000)
6. En. Amir Shah B. Hashim - (2001-2007) 

Berdaftar dengan ROY pada tahun 2007

7. En. Mohd. Anuar B. Hashim - (2009-2013)
8. En. Abdul Rahim Fahmy Bin Razak - (2014-2016)

Pendaftaran baru atas nama Kelab Belia Geliga Grisek

9. En. Hairi Iskandar Bin Tahir - (2017-2018) 10. En. Shahibullah Bin Suleiman - (2019-sekarang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan