Ahad, 7 Julai 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA 2013

7hb Mei 2013 -  Berlangsung Program Gotong-Royong Perdana 2013 anjuran Persatuan Belia Geliga Grisek di Tanah Perkuburan Islam, Kg. Sg. Senduk, 84700 Gersik, Ledang, Johor. Program adalah dengan kerjasama Pej. Belia dan Sukan Daerah Muar/Ledang, Jawatankuasa Masjid Jamek Gersik dan Masjid Jamek Hjg. Tambak serta Persatuan Belia Kg. Hjg. Tambak, Gersik. Kehadiran adalah seramai 60 orang terdiri daripada kariah kampung sekitar Gersik dan tetamu kehormat adalah En. Shahrul (Pej. Belia dan Sukan Daerah Muar/Ledang), Ketua Kg. Sg. Senduk dan Semadar, Gersik (En. Hamil Hamzah Bin Hashim) serta Ketua Kg. Hjg. Tambak, Gersik (Hj. Tukir Bin Pawiro).












Ahad, 30 Jun 2013

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH 2013

30hb Jun 2013 - Program dengan kerjasama Pej. Agama Daerah Ledang dan Masjid Jamek Gersik dihadiri 23 orang peserta.