Isnin, 25 April 2011

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA TSM

24 April 2011 - PBGG telah menghantar 2 pasukan iaitu GELIGA 'A' yang diwakili oleh pasukan senior dan 'B' yang dibarisi oleh pemain bawah 18 tahun ke Pertandingan Futsal Piala Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin B. Hj. Mohd. Yassin di KSK Kundang Ulu, Ledang.
Kedua-dua pasukan telah mencatatkan peningkatan dengan mara ke peringkat suku akhir dan mempamerkan permainan yang berkualiti.
Tahniah

Isnin, 18 April 2011

GOTONG-ROYONG TANAH PERKUBURAN ISLAM GERSIK

16 & 17 April 2011 - Seluruh ahli PBGG dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Gersik, Masjid Jamek Hujung Tambak dan penduduk kampung telah bersama-sama membersihkan kawasan tanah perkuburan.
Proses memotong rumput dilakukan pada 16 April 2011 untuk memudahkan kerja-kerja pembersihan dan disambung keesokan harinya dengan meracun rumpai dan membersihkan sampah termasuk stor penyimpanan barangan dan parit saliran.
Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Isnin, 11 April 2011

PERTANDINGAN FUTSAL DAERAH MUAR

10 April 2011 - PBGG telah menyertai Pertandingan Futsal Daerah Muar dengan menghantar pasukan GELIGA FC 'A' dan 'B' yang rata-ratanya dibarisi oleh pemain bawah 18 tahun.
Ini adalah pengalaman berharga kepada kedua-dua pasukan walaupun terkandas diperingkat kumpulan lagi dan diharap akan mencatat peningkatan untuk menggalas cabaran pada masa akan datang.
Syabas